Majlis Cakno rakyat adalah merupakan majlis tahunan,majlis ini mendapat sambutan hebat daripada pelbagai lapisan rakyat di bawah Dun Gaal,program ini diwarnai dengan pelbagai acara yang menarik minat kanak-kanak,remaja,dewasa, tua dan muda.Setiap UPU memiliki khemah masing-masing yang dihiasi dengan pelbagai corak dan bentuk yang cantik untuk dipertandingkan.Selain itu banyak acara sukaneka dipertandingkan antara UPU yang melibatkan kanak-kanak,remaja,dewasa,tua dan muda.Aturcara kemuncak ialah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti hamper,barangan letrik dan basikal.































No comments:
Post a Comment